MAPIM Wakaf Ambulance
Keperluan untuk menghantar pesakit adalah sangat kritikal. Kosnya tidak murah. Ambulan perlukan pemandu yang terlatih dan petugas kesihatan yang cekap. Manakala di luar sana ramai yang tidak mampu untuk itu.
MAPIM Malaysia mengambil inasiatif mewujudkan perkhidmatan ambulan percuma bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan. Ambulan percuma MAPIM Malaysia bukan sahaja di Malaysia tetapi MAPIM Malaysia juga menyediakan ambulan percuma di Palestin dan Syria.
Setakat ini, MAPIM Malaysia mempunyai hampir 21 buah ambulan percuma di seluruh dunia.
Penerima Manfaat di Malaysia (2018 - 2020)
8 Negeri di Malaysia
300+ penerima manfaat
100+ Bantuan Kecemasan
Bantu Kami untuk Bantu Mereka
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara. Pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.