Notis Perlindungan Data Peribadi
Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis“) ini menerangkan bagaimana Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM MALAYSIA) dan entiti-entiti yang dikawal bersama (“MAPIM MALAYSIA“) menggunakan Data Peribadi anda.
Pengumpulan Data Peribadi.
“Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti , termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faks, maklumat perbankan, butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, status pemastautin, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda, industri pekerjaan, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada MAPIM Malaysia dalam borang pendaftaran, borang permohonan atau borang yang serupa bentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh MAPIM Malaysia dari semasa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.
Penyediaan Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan MAPIM Malaysia Data Peribadi anda, MAPIM Malaysia tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan seperti yang disenaraikan di bawah.
Jika anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan, penyediaan Data Peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk memberikan Data Peribadi anda, mungkin melanggar peruntukan undang-undang atau peraturan kawal selia yang berkenaan, dan boleh menyebabkan MAPIM Malaysia tidak dapat menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk atau mengeluarkan bayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang telah disediakan.
Sumber di mana Data Peribadi anda diperoleh
Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada MAPIM Malaysia secara langsung, MAPIM Malaysia mungkin mengutip Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti:
-
apabila anda mengisi borang permohonan atau borang pendaftaran atau borang yang serupa bentuk;
-
daripada sumber-sumber awam seperti direktori,
-
daripada laman Facebook MAPIM Malaysia, jika anda mengikuti, “like”, atau adalah seorang pengikut laman tersebut;
-
daripada agensi pelaporan kredit;
-
apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan MAPIM Malaysia di mana-mana acara atau aktiviti;
-
apabila anda memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh MAPIM Malaysia,
-
daripada pelbagai entiti atau bahagian di bawah MAPIM Malaysia; atau
-
dengan menggunakan laman web MAPIM Malaysia, yang merangkumi semua laman web yang dikendalikan oleh MAPIM Malaysiadan di bawah nama-nama jenama masing-masing (“Laman Web“). Senarai Laman Web boleh didapati dalam Direktori Perniagaan di https://www.mediaprima.com.my/. Maklumat Peribadi anda juga boleh dikumpulkan daripada “cookies” yang digunakan pada Laman Web.
-
Tujuan Pemprosesan
Media Prima mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk perniagaan dan aktiviti-aktiviti Media Prima yang termasuk, tanpa had, tujuan berikut (“Tujuan”): –
Di mana anda seorang pelanggan Media Prima:
-
untuk melaksanakan obligasi Media Prima berkenaan dengan sebarang kontrak yang dibuat dengan anda;
-
untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan atau produk yang anda minta;
-
untuk memproses langganan anda dan untuk menyampaikan langganan kepada anda;
-
untuk memproses pembelian anda atau permintaan untuk ruang iklan;
-
di mana anda telah memohon bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan, untuk memproses permohonan anda, untuk menyampaikan bahan-bahan kepada anda, untuk memberikan anda lesen untuk kandungan yang anda ingin gunakan;
-
untuk memproses penyertaan anda dalam mana-mana acara, aktiviti, kumpulan fokus, kajian penyelidikan, pertandingan, promosi, polls, kaji selidik atau mana-mana produksi;
-
untuk memproses, mengurus atau mengesahkan permohonan anda untuk langganan dengan Media Prima dan untuk memberikan anda manfaat yang ditawarkan kepada pelanggan;
-
untuk mengesahkan pembelian anda dan memproses bayaran yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang anda minta;
-
untuk memahami dan menganalisis jualan kami serta keperluan dan pilihan anda;
-
untuk membangunkan, meningkatkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
-
untuk memproses pertukaran atau pulangan produk;
Di mana anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan:
-
untuk tujuan menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk;
-
untuk memudahkan atau membolehkan pemeriksaan yang mungkin diperlukan oleh Media Prima untuk tujuan penggajian anda;
-
untuk memproses bayaran yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang telah disediakan oleh anda;
-
untuk menghubungi anda atau syarikat anda;
Am:
-
untuk menjawab soalan-soalan, komen dan maklum balas daripada anda;
-
untuk berkomunikasi dengan anda untuk mana-mana tujuan yang disenaraikan dalam Notis ini;
-
untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti audit, analisis data, rekod pangkalan data;
-
untuk tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
-
untuk Media Prima mematuhi obligasinya di bawah undang-undang;
dan anda bersetuju kepada Media Prima menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan mengikut cara yang seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini.
Tujuan pemasaran dan promosi
Media Prima juga mungkin menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti (“Tujuan Tambahan“) : –
-
menghantar amaran berita, surat berita, berita pengemaskinian, mel, bahan promosi, tawaran istimewa, salam perayaan daripada Media Prima, rakan kongsi, penaja atau pengiklan;
-
untuk memberitahu dan menjemput anda kepada acara-acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh Media Prima, rakan kongsi, penaja atau pengiklan;
-
untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri acara atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti tersebut;
-
untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan kongsi, pengiklan, syarikat pengurusan acara atau penaja yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara atau promosi mereka; melalui pos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), melalui tangan dan/atau melalui e-mel .
Pembatalan langganan dan pembatalan izin
Jika Anda ingin berhenti melanggan pemprosesan Data Peribadi Anda untuk Tujuan Tambahan oleh Media Prima, sila klik pada pautan “Unsubscribe” yang berada dalam emel berkaitan agar Anda tidak lagi menerima apa-apa emel berkaitan di masa depan. Jika Anda ingin membatalkan izin yang Media Prima telah peroleh daripada Anda untuk Tujuan yang ditetapkan di sini, sila maklumkan kepada Media Prima dengan menggunakan maklumat yang dinyatakan di bawah.
Pemindahan Data Peribadi
Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia, kepada syarikat-syarikat di bawah Media Prima yang terletak di luar Malaysia dan/atau di mana pelayan Media Prima terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar daripada Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga
Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan dan Tujuan Tambahan . Selanjutnya, Media Prima mungkin melibatkan syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihaknya, dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga yang dimaksudkan dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had) : –
-
ejen penghantaran seperti vendor akhbar dan agen akhbar;
-
rakan kongsi Media Prima dan pengiklan, yang termasuk pihak di mana Media Prima mempunyai kerjasama untuk acara-acara, program dan aktiviti tertentu;
-
syarikat pengurusan acara dan penaja acara ;
-
syarikat-syarikat penyelidikan pemasaran ;
-
Pembekal perkhidmatan, termasuk, pembekal perkhidmatan teknologi maklumat (IT) untuk infrastruktur, perisian dan kerja pembangunan;
-
penasihat profesional dan juruaudit luar, termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan pakar perunding;
-
entiti lain dalam Media Prima; dan
-
pihak berkuasa Kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan kerajaan.
Data Peribadi Anda juga mungkin akan dikongsi bersama berkaitan dengan urus niaga korporat , seperti penjualan anak syarikat atau pembahagian, penggabungan, penyatuan, atau penjualan aset, atau dalam hal tidak mungkin penggulungan.
Akses & Permintaan Pembetulan dan Pertanyaan, Menghadkan Pemprosesan Data Peribadi
Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang terpakai, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan kepada Data Peribadi anda, membuat permintaan untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan dan/atau membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi
anda dengan menghubungi : –
-
Jawatan: Pengurus Kanan, Hal Ehwal Kawalsetia
-
Alamat : Level 2, Balai Berita, Anjung Riong, 31 Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
-
Alamat e-mel: pdpadmin@mediaprima.com.my
-
Nombor Telefon: 603 2724 8927
-
Nombor Faks: 603 2282 0152
-
Waktu Operasi : 9am – 6pm dari Isnin – Jumaat (tidak termasuk cuti umum)
Media Prima berhak untuk mengenakan bayaran untuk akses Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Media Prima mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko atau privasi anda atau privasi orang lain.
Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpul melalui “cookies” di Laman Web, anda boleh menyahaktifkan “cookies” dengan melaraskan tetapan pelayar internet anda untuk melumpuhkan, menghadkan atau menyahaktifkan “cookies”, dengan memadamkan sejarah pelayaran anda dan dengan memadamkan cache dari pelayar internet anda.
Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa Media Prima tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga. Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman tersebut, dasar privasi dan terma-terma perkhidmatan pada laman-laman tersebut akan digunapakai dan Media Prima tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.
Maklumat Peribadi daripada Kanak-kanak Bawah Umur dan Individu-individu Lain
Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur (individu di bawah umur 18 tahun) di bawah jagaan anda untuk memberikan Data Peribadi kepada Media Prima. Sekiranya Data Peribadi diberikan kepada Media Prima, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan mengambil tanggungjawab untuk tindakan beliau.
Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberikan data peribadi berkaitan individu lain (seperti suami atau isteri, ahli keluarga atau rakan anda) dan dalam keadaan tersebut, anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menyediakan data peribadi mereka kepada Media Prima dan anda telah mendapat persetujuan mereka untuk pemprosesan data peribadi mereka dan digunakan dengan cara yang seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
Pengakuan dan Persetujuan
Dengan berkomunikasi dengan Media Prima, menggunakan perkhidmatan Media Prima, pembelian produk daripada Media Prima atau melalui perhubungan dan penggajian anda dengan Media Prima, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh Media Prima seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
Media Prima mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan Media Prima, dengan terus menggunakan perkhidmatan Media Prima, membuat pembelian produk daripada Media Prima atau dengan perhubungan dan penggajian berterusan anda dengan Media Prima berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.
Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.