
MOBILE
CLINIC
UMMAH

"Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia yang lain. Dan amalan yang paling dicintai Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seseorang mukmin atau engkaumenghilangkan satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya."
(Hadis riwayat at-Tabrani)
Sebuah Inovasi Untuk Kemudahan Ummah
Dalam kemajuan perkhidmatan kesihatan negara, masih terdapat kepincangan daripada segi akses perkhidmatan kepada sesetengah golongan. Antaranya, ada golongan yang tinggal diluar bandar mempunyai kesukaran bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Ummah Double-Decker
Mobile Clinic

Pelaksanaan Ummah Double Decker Mobile Clinic terbahagi kepada tiga konsep utama, iaitu pergerakan fasiliti secara berkala ke kawasan yang memerlukan, khidmat rawatan asas kepada pesakit luar dan penyediaan pegawai kesihatan yang bertauliah.
Fasiliti ini bergerak sekurang-kurangnya sekali seminggu ke kawasan yang memerlukan. Dengan sifat fleksibiliti Mobile Clinic, ia sentiasa dalam keadaan bersedia ke mana-mana dan bila-bila masa.













Media 360°
(klik pada gambar)

Describe your image

Bilik merawat pesakit Ummah Double-Decker Bus

Describe your image
Fasiliti
Ummah Double Decker Mobile Clinic diubahsuai daripada sebuah bas persiaran model Scania K420 6x2. Tahun pengeluaran 2009. Bas ini mempunyai 48 tempat duduk sebelum dikosongkan. Scania Engine dilengkapi Cruise Control untuk membantu pemandu menetapkan kelajuan bagi tempoh perjalanan yang panjang.
Ummah Double-Decker Mobile Clinic mempunyai dua buah katil rawatan & dua buah bilik perundingan, berkonsepkan 'kelas 5 bintang'. Ini membezakan keunikannya berbanding bas mobile clinic yang lain.




