DAKWAH
MAPIM Malaysia mempunyai sayap dakwah yang diketuai oleh Tn. Hj. Kamarudin Abdullah selaku Presiden Islamic Propagation Society International (IPSI). Beliau juga memainkan peranan sebagai Pengarah Hal Ehwal Dakwah MAPIM Malaysia. IPSI (Penang), Malaysia merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dan bukan politik.
Keutamaan sayap dawkah MAPIM tidak lain adalah menyebarkan firman Allah melalui promosi ikhlas membaca, memahami dan mempraktikkan Al-Quran dan As-Sunnah. Gerakan ini juga menumpukan aktiviti untuk mengingatkan manusia akan fitrahnya; Penyembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa, Allah SWT.
Tn. Hj. Kamarudin Abdullah selaku Pengarah Hal Ehwal Dakwah MAPIM Malaysia juga bersama-sama turun padang dalam mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
ILMU
Mendorong untuk memperoleh dan berkongsi Pengetahuan Islam yang betul dalam kalangan Ummah
DAKWAH
Berkongsi pencerahan kepada Orang Bukan Islam dan menolong mereka yang kurang bernasib baik dalam kalangan Ummah
IBADAH
Menggalakkan melaksanakan ibadah kepada Allah SWT
dalam kalangan umat
ILMU
Mendorong untuk memperoleh dan berkongsi Pengetahuan Islam yang betul dalam kalangan Ummah
DAKWAH
Berkongsi pencerahan kepada Orang Bukan Islam dan menolong mereka yang kurang bernasib baik dalam kalangan Ummah
IBADAH
Menggalakkan melaksanakan ibadah kepada Allah SWT
dalam kalangan umat
Dakwah Tiada Sempadan
IPSI telah bekerjasama memberi bantuan dengan aktivis tempatan MAPIM Malaysia berupa kotak makanan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan yang diberikan tidak mengenal bangsa, agama dan paras rupa.
Penerima Manfaat di Malaysia (2018 - 2020)
8 Negeri di Malaysia
1,000+ peserta
Tahun Berdakwah
Bantu Kami untuk Bantu Mereka
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
Pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.