Describe your image
Describe your image
Describe your image
Describe your image
Bas "Klinik Bergerak" untuk ummah
Perkhidmatan kesihatan asas adalah sangat kritikal di kawasan bencana. Segalanya perlu cepat. Namun bagi membawa aset-aset perubatan ke kawasan bencana adalah sedikit sukar.
Belajar daripada pengalaman, MAPIM Malaysia bertindak menyediakan perkhidmatan klinik bergerak untuk mereka yang memerlukan, terutamanya di kawasan bencana. Perkhidmatan klinik bergerak itu juga dirancang digerakkan ke kawasan yang memerlukan.
Klinik bergerak ini inspirasi daripada CEO MAPIM Dr Sani Al Araby.
Ia dibina daripada bas dua tingkat dan mempunyai empat bilik konsultasi dan dua buah bilik rawatan. Ia dilengkapi dengan alat penghawa dingin dan ruang menunggu yang selesa.
Para petugas kesihatan juga adalah dipilih daripada mereka yang terlatih. MAPIM Malaysia menyasarkan perkhidmatan yang berkualiti lima bintang.
Penerima Manfaat di Malaysia (2018 - 2020)
100+ Bantuan Kecemasan
8 Negeri di Malaysia
1,000,000+ penerima
Bantu Kami untuk Bantu Mereka
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
Pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.
"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain"
(At-Tabrani)